Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Pertanian
Tertumpu kepada pertanian untuk keperluan sendiri dan untuk jualan sekiranya terdapat lebihan
Penternakan
Tertumpu kepada aktiviti penternakan ayam itik untuk keperluan sendiri.
Peruncitan
Sebilangan kecil yang menjalankan jualan runcit
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Intel Training.
13 Mei 2017
Pada 13 Mei 2017, seramai 10 orang peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan juga pelajar tingkatan 5 mengikuti kelas intel training. Kelas ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama pada pukul 9.00am hingga 11.00am. Manakala sesi kedua pada pukul 3.30pm hingga 5.00pm. Pada sesi pertama, skop yang didedahkan kepada peserta ialah mengurus sesuatu perniagaan yang bermula dengan pengurusan dari segi modal perniagaan dan idea. Antara modal perniagaan yang dibincangkan ialah modal tetap dan modal berubah. Peserta diberi tugasan untuk menyenaraikan jenis-jenis modal dalam perniagaan mereka.
Manakala pada sesi kedua peserta berbincang mengenai idea perniagaan seperti mencipta logo perniagaan, carta organisasi perniagaan dan juga cara mempromosi perniagaan mereka. Peserta diberi tugasan untuk menyediakan brosur perniagaan masing-masing. Dengan adanya pendedahan maklumat asas keushawanan ini, dapatlah membuka serba sedikit idea dan minda peserta terhadap ilmu keusahawanan.