Pendidikan
SMK ASAJAYA
Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya atau nama ringkasnya SMK Asajaya, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Smk Asajaya. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya memiliki 885 pelajar lelaki dan 950 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1835 orang. Ia mempunyai seramai 116 orang guru.
SMK HAJAH LAILA TAIB
Sekolah ini telah ditubuhkan pada 16 Januari 2010 dengan menumpang bangunan SMK Asajaya. Sesi persekolahan dimulakan dengan 430 orang murid, 217 orang lelaki dan 213 orang perempuan. Kelas persekolahan hanya melibatkan satu kelas Peralihan, lima kelas Tingkatan 1, empat kelas Tingkatan 2 dan empat kelas tingkatan 4. Kelas Peralihan 6 orang murid, Tingkatan 1 seramai 174 orang murid, Tingkatan 2 seramai 134 orang murid dan Tingkatan 4 seramai 116 orang murid. Murid yang tinggal di asrama seramai 252 orang. Guru seramai 31 orang termasuk Pengetua. Staf sokongan seramai 3 orang. Murid yang ditempatkan di sekolah ini adalah murid yang berasal dari kampung yang berdekatan dengan bangunan baru sekolah ini iaitu kpg Tambirat, Tanjong Apong, Sambir, Sebandi Ulu, Beliong dan Sungai Tanju yang bersekolah di SMK Asajaya. Guru-gurunya adalah sebahagian guru-guru SMK Asajaya, guru yang berpindah masuk dan guru yang baru diberi penempatan. Bangunan baru mula digunakan pada 22 Mac 2010. Bangunan baru sekolah ini termasuklah satu blok pentadbiran, satu blok akademik, satu dewan utama, satu dewan makan, empat blok asrama,18 buah rumah guru, sebuah rumah pengetua dan satu blok kemahiran hidup yang menempatkan makmal sains, makmal komputer, makmal bahasa dan bilik pendidikan seni. Kemudahan sukan termasuk padang bola sepak dan tiga gelanggang permainan.
Pada 15 Mac 2014, sekolah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Pada majlis itu juga nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Laila Taib.
SK SEBANDI ULU
Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu telah ditubuhkan pada 16.07.1984 (26 tahun yang lalu). Terletak di Kampung Sebandi Ulu, Asajaya lebih kurang 80 km dari Bandar Kuching. Pada asalnya sekolah ini mempunyai sebuah bangunan sekolah yang terdiri daripada empat bilik darjah dan dua buah rumah guru. Sekolah ini dan rumah guru dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Kini sekolah ini telah mempunyai empat blok bangunan yang terdiri daripada enam buah bilik kelas, pejabat am/bilik guru, bilik guru besar, bilik perpustakaan, prasekolah, bilik gerakan/bilik mesyuarat, bilik ict, bilik pemulihan dan rumah guru(sangat daif) Pelajar terdiri daripada 187 orang dan 16 orang guru terlatih dari pelbagai opsyen. Kebanyakkan guru adalah guru berijazah, seorang pembantu tadbir, seorang pra. Sekolah ini ada bekalan air bersih, elektrik (SESCO) dan internet (wireless)
PRA SEKOLAH KAMPUNG SEBANDI ULU
Mempunyai sebuah bangunan dan kanak-kanak berumur yang berumur 6 tahun sahaja yang layak.
TADIKA KEMAS KAMPUNG SEBANDI ULU
Mempunyai sebuah bangunan yang dibahaikan kepada 2 buah kelas bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun.