Kisah Kejayaan
KISAH KEJAYAAN (KELAS ICT)
Nor Shahida merupakan seorang pelajar sekolah rendah di SK Sebandi Ulu dan berusia 12 tahun. Dia mula mendaftar menjadi ahli PI Sebandi Ulu pada sekitar tahun 2016. Pada awalnya, Shahida kurang berminat dalam ilmu ICT dan menggunakan telefon pintar hanya sekadar sebagai hiburan sahaja. Setelah dikenalpasti, tahap penguasaan beliau terhadap ilmu ICT dan lain-lain yang berkaitan seperti Microsoft Office agak lemah. Oleh yang demikian, inisiatif telah diambil untuk memberi peluang dan tunjuk ajar kepada beliau. Pihak PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas ICT dan pelbagai lagi kelas yang berkaitan setiap hujung minggu dan cuti sekolah bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan beliau dan peserta-peserta lain. Perkembangan yang amat memberangsangkan telah mula tercapai setelah mendapati beliau telah semakin bersemangat dan berminat untuk terus menguasai ilmu ICT. Tahniah!.
KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN)
Nur Fitri Binti Jahari dan Siti Nurhazar binti Madzihi merupakan bekas pelajar tingkatan 5 di SMK Hajah Laila Taib dan masing-masing berusia17 tahun. Sebagai nilai tambah dalam pembangunan akademik dan sahsiah diri pelajar terutamanya pelajar lepasan sekolah menengah. PI Sebandi Ulu mengambil pendekatan untuk memupuk minat para belia kampung bagi menceburi diri didalam bidang keusahawanan. Sebagai langkah pertama kelas Asas Keusahawanan telah diadakan bagi mencapai hasrat tersebut. Setiap kelas dan aktiviti yang berkaitan diadakan, Nurfitri dan Nurhazar telah menunjukkan kebolehan dan daya juang yang tinggi bagi menguasai ilmu-ilmu keusahawan. Pada mulanya, penyampaian ketika sesi pembentangan diadakan agak menghampakan namun setelah beberapa kali percubaan dan tunjuk ajar yang berterusan, keyakinan diri setiap peserta telah memberikan kesan yang baik terhadap corak pembelajaran di dalam kelas dan terhadap mereka sendiri dalam meningkatkan kualiti nilai tambah setiap peserta. Dengan pencapaian sebegini pihak PI Sebandi Ulu mendoakan Nurfitri dan Nurhazar akan terus maju dalam bidang keusahawanan.Tahniah!
Bimbingan ICT Dari PI Sebandi Ulu - Mohd Al-Muhazam bin Jamal
Menyedari kekurangan ICT di dalam diri Mohd Al-Muhazam bin Jamal, beliau telah mendaftar sebagai ahli di PI Sebandi Ulu dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Disitulah beliau mempelajari semua modul pembelajaran asas yang disediakan seperti asas komputer dan pengenalan internet. Setelah mengikuti beberapa latihan dan program kesedaran ICT, beliau secara asasnya yakin untuk menggunakan microsoft word untuk membuat kerja sekolah tanpa banyak memerlukan bantuan daripada petugas PI. Oleh itu pihak PI Sebandi Ulu, mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Mohd Al-Muhazam bin Jamal diatas komitmen yang diberikan.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan ICT Dari Pusat Internet Sebandi Ulu - Azizul Bin Bakar
Azizul Bin Bakar merupakan seorang peniaga stiker yang berlokasi di Pekan Asajaya. Beliau menjadi ahli Pusat Internet Sebandi Ulu sejak tahun 2018. Pusat internet telah banyak memberi tunjuk ajar berkenaan ilmu ICT kepada beliau bagi meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Disamping itu, dalam usaha memastikan produk beliau lebih dikenali ramai, Pihak PI telah mempromosikan perniagaan beliau melalui FB. Sehingga kini banyak tempahan yang telah diterima oleh beliau dan pendapatan beliau sebulan telah mencecah RM2000. Bagi meningkatkan pengeluaran stiker dapat dihasilkan dalam kuantiti yang besar di masa hadapan beliau berhajat untuk membeli mesin yang lebih berproduktif tinggi. Disinilah PI Sebandi Ulu akan memainkan peranan agar dapat terus membimbing usahawan yang telah berjaya memulakan perniagaan mereka agar terus berdaya saing. Oleh itu pihak PI Sebandi Ulu, mengucapkan syabas dan tahniah kepada Encik Azizul Bin Bakar diatas komitmen yang diberikan.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan ICT Dari Pusat Internet Sebandi Ulu - Rahool bin Tegak
Seorang pelajar tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Hajah Laila Taib dikenali dengan Rahool bin Tegak merupakan ahli Pusat Internet Sebandi Ulu sejak tahun 2016 sehingga sekarang dan masih aktif menghadirkan diri dalam setiap kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sebandi Ulu. Pada peringkat permulaan mendaftar sebagai ahli, beliau telah diberi tunjuk ajar mengenai Asas Perniagaan Atas Talian dan telah didedahkan dengan kepelbagaian perniagaan yang ada di dalam dunia maya.
Dalam memainkan peranan sebagai Pusat Internet yang melahirkan usahawan-usahawan baru, pihak PI Sebandi Ulu telah menjemput usahawan ONEXOX untuk memberi tunjuk ajar kepada bakal usahawan baru bagi memupuk minat dan sekaligus memberi inspirasi kepada peserta dalam pemilihan perniagaan yang bersesuaian. Sepanjang bersama dan menerima latihan di Pusat Internet Sebandi Ulu beliau mula menunjukkan keyakinan diri dalam dalam dunia perniagaan. Beliau mula menunjukkan keyakinan menjual produk ONEXOX secara bersemuka dengan pembeli dan ini telah meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Disamping itu beliau juga telah didedahkan dengan kemahiran asas berniaga secara atas talian. Oleh itu pihak PI Sebandi Ulu, mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Rahool bin Tegak diatas komitmen yang diberikan.
Bimbingan ICT Dari PI Sebandi Ulu - Zaiwy Danieya Natasha Binti Carneball Roech
Zaiwy Danieya Natasha Binti Carneball Roech merupakan pelajar Tingkatan 3 di SMK Hajah Laila Asajaya. Beliau telah mendaftar sebagai ahli di PI Sebandi Ulu dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Kerana menyedari kefahaman mengenai ilmu ICT masih cetek beliau mengambil pendekatan untuk terus aktif bersama PI Sebandi Ulu bagi mengasah lagi kemahiran menggunakan komputer dan Microsoft Office. Setelah mengikuti beberapa latihan dan program kesedaran ICT, beliau secara asasnya yakin untuk menggunakan microsoft word untuk membuat kerja sekolah tanpa banyak memerlukan bantuan daripada petugas PI. Oleh itu pihak PI Sebandi Ulu, mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Zaiwy Danieya Natasha Binti Carneball Roech diatas komitmen yang diberikan.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan ICT Dari Pusat Internet Sebandi Ulu - Mohd Zakaria bin Shuib
Mohd Zakaria bin Shuib merupakan pelajar Sekolah Menengah Hajah Laila Taib yang sekarang ini menuntut di Tingkatan 3. Beliau menjadi ahli Pusat Internet Sebandi Ulu sejak tahun 2016 sehingga sekarang dan masih aktif menghadirkan diri dalam setiap kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sebandi Ulu. Pada peringkat permulaan mendaftar sebagai ahli, beliau telah diberi tunjuk ajar mengenai Asas Perniagaan Atas Talian dan telah didedahkan dengan kepelbagaian perniagaan yang ada di dalam dunia maya.
Dalam memainkan peranan sebagai Pusat Internet yang melahirkan usahawan-usahawan baru, pihak PI Sebandi Ulu telah menjemput usahawan ONEXOX untuk memberi tunjuk ajar kepada bakal usahawan baru seperti Mohd Zakaria Bin Shuib bagi memupuk minat dan sekaligus memberi inspirasi kepada beliau dalam pemilihan perniagaan yang bersesuaian dengan diri beliau. Setelah 3 tahun bersama Pi Sebandi Ulu, beliau telah mula menunjukkan keyakinan diri dalam dalam dunia perniagaan.
Beliau mula menunjukkan keyakinan menjual produk ONEXOX secara bersemuka dengan pembeli dan ini telah meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Disamping itu beliau juga telah didedahkan dengan kemahiran asas berniaga secara atas talian, namun begitu proses ini memakan masa yang panjang untuk dipraktikkan memandangkan terdapat kekangan-kekangan daripada keluarganya. Oleh itu pihak PI Sebandi Ulu, mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Mohd Zakaria Bin Shuib diatas komitmen yang diberikan.