Hari Terbuka PI Sebandi Ulu 2016
29 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Sebandi Ulu telah mengadakan pelbagai aktiviti semasa hari terbuka tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti pertandingan gasing, pertandingan futsal, pertandingan gubahan bunga, pertandingan kdb keluarga, pertandingan mewarna dan berzumba. Pada hari terbuka tersebut telah dihadiri oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N.15 Asajaya. Pada masa yang sama YB juga sempat mengadakan lawatan di dalam Pusat Internet Sebandi Ulu dan merasmikan padang futsal Kampung Sebandi Ulu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: