Program Jelajah Dekati Komuniti
10 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2024, NADI Sebandi Ulu bersama NADI Sungai Mata telah menjayakan Program Jelajah Dekati Komuniti. Program anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Mata dan National Kidney Foundation (NKF) Malaysia cawangan Sarawak dengan perkhidmatan Mobile Health Screening (Kota Samarahan Regional Unit) telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada komuniti setempat. Diantara perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak NKF ialah pemeriksaan kesihatan seperti indeks jisim tubuh, tekanan darah, kolestrol darah, gula darah, ujian air kencing dan kaunseling. Laporan kesihatan pula telah diberi serta merta tanpa perlu temujanji selepas pemeriksaan kesihatan. Petugas NADI Sebandi Ulu telah menyantuni komuniti yang hadir sekaligus memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan. Semoga program seperti ini memberi manfaat kepada komuniti yang terlibat.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pemeriksaan kesihatan.
- Kaunseling.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: