Kelas ICT Panduan Menaip
09 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 8 Januari 2023, Kelas ICT Panduan Menaip telah diadakan bersama para pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memupuk kemahiran menaip dan mengenali papan kekunci. Keperluan untuk mempelajari papan kekunci bukan hanya untuk kegunaan perisian pemprosesan data mahupun digunakan sebagai gaming namun ia lebih daripada itu seperti pencarian maklumat, mengirim e-mel dan menghantar kiriman komunikasi. Walaubagaimanapun, kekerapan secara berlebihan penggunaan komputer terutama interaksi bersama papan kekunci boleh mengakibatkan sakit otot, sendi, sakit lengan dan bahu.
Maka disinilah kemahiran papan kekunci amat berguna dan memberi kesan yang baik kepada tempoh penggunaannya. Tambahan pula dengan peningkatan kemahiran ini, mampu memberi impak positif dalam dunia pekerjaan kelak. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan terutamanya pelajar sekolah dalam mengharungi pendigitalan
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pengenalan papan kekunci
- Praktikal papan kekunci
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: