Program Santuni Komuniti Sepanjang Bulan March
18 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniSepanjang bulan March 2023, petugas PEDi Sebandi Ulu telah melancarkan Program Santuni Komuniti. Program ini melibatkan beberapa urusan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), MySalam, dan pelbagai lagi. Program ini mensasarkan terutamanya pengunjung PEDi yang jarang berkunjung ke PEDi bagi urusan-urusan berkaitan. Diantara intipati yang sepanjang program dilaksanakan ialah membantu penduduk Kampung Sebandi Ulu dan kawasan sekitar bagi kemaskini permohonan STR dan borang MySalam.
Petugas PEDi juga sempat mengadakan sesi soal jawab berkenaan dengan sistem STR yang baru. Selain daripada urusan tersebut petugas PEDi telah menerangkan tentang peranan PEDi terhadap komuniti untuk kefahaman yang lebih mendalam terhadap PEDi. Semoga dengan kehadiran PEDi Sebandi Ulu dapat memberi manfaat untuk komuniti setempat.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan dan penyelesaian masalah
- Pengenalan kepada PEDi
- Soal dan Jawab
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: