Program Santuni Komuniti bagi sesi Jun 2023
13 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniSepanjang awal bulan Jun 2023, petugas PEDi Sebandi Ulu telah menjalankan Program Santuni Komuniti bagi sesi Jun 2023. Program ini melibatkan beberapa aktiviti dan urusan seperti penggunaan sesawang Application Resettlement & Extension Schemes (ARES) dibawah kelolaan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, urusan sesawang mySalam bagi urusan tuntutan hospitalisasi, urusan Bantuan Ibu Bersalin dibawah kelolaan kerajaan negeri Sarawak iaitu sesawang iSarawakCare dan pelbagai lagi urusan telah diperkasakan kepada pengunjung.
Program ini banyak memberi manfaat kepada golongan berkeluarga dalam memenuhi tuntutan dan keperluan semasa. Selain daripada itu petugas PEDi Sebandi Ulu turut mewar-warkan dan sekaligus memberi penerangan berkaitan peranan PEDi. Semoga dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada komuniti setempat.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan kepada peranan PEDi
- Aplikasi dan permohonan atas talian
- Soalan dan Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: