Kelas Kepentingan Keselamatan ICT
5 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat 4 Ogos 2023, PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Kepentingan Keselamatan ICT. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan keselamatan pelajar dalam melayari internet. Penggunaan perkhidmatan internet yang tidak terkawal mungkin mendedahkan kita kepada pelbagai ancaman keselamatan. Oleh itu, perlindungan keselamatan mestilah diwujudkan untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah dalam melalui liku-liku kehidupan kelak.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: