Kelas Microsoft Office dan Asas ICT
19 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada Ahad 18 Jun 2023, PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Microsoft Office dan Asas ICT. Kelas ini telah membuka peluang kepada para pelajar sekolah rendah yang baru menjinakkan diri ke PEDi bagi tahun 2023. Mereka yang baru mendaftar keahlian ini, juga telah diberi pendedahan berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi. Bagi kelas microsoft word, para peserta diberi pendedahan terlebih dahulu kepada pengenalan papan kekunci yang akan digunakan semasa kelas microsoft word.
Mereka diberi pendedahan tentang keberadaan kekunci padam, jarak, huruf besar, simbol-simbol, dan juga yang berkaitan. Pada sesi ini mereka disuruh menulis maklumat sendiri bagi melatih mereka menggunakan papan kekunci. Diharap kelas ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar tersebut di masa akan datang. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutamanya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah dalam melalui liku-liku kehidupan kelak.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan
- Latihan
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: