Pameran Digital Exhibition Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka
12 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 9 hingga 11 Jun 2023 yang lalu, PEDi Sibuti serta PEDi lain bahagian Miri dan Subis telah menyertai Pameran Digital Exhibition Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Objektif utama pameran ini adalah untuk memperkenalkan dan berkongsi maklumat berkenaan PEDi kepada umum. Selain itu, pameran ini juga bertujuan untuk mempromosi dan mengetengahkan produk usahawan PEDi.
Antara PEDi yang terlibat dalam pameran yang berlangsung selama 3 hari ini adalah PEDi Bekenu, PEDi Niah Suai, PEDi Kg Luak, PEDi Kg Lambir dan PEDi RPR Permyjaya. Pameran ini telah diadakan di Stadium Tertutup Miri dan dirasmikan oleh Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Kian, Timbalan Premier Sarawak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: