Program Kesedaran Covid-19 Dikalangan Kanak- Kanak, Advokasi dan ICT
15 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2023 , dengan jayanya, telah mengadakan Program Kesedaran Covid-19, Advokasi Dan ICT. Program ini telah mengumpulkan para pelajar sekolah rendah dan memfokuskan berkenaan kesedaran covid-19, kesiapsiagaan dan kawalan pencegahan. Program ini juga telah memberi penekanan kepada para peserta agar terus mengamalkan kebersihan kendiri dan sentiasa berwaspada kepada persekitaran yang berisiko kearah Covid-19. Covid-19 yang masih mengganas di tanah besar China tidak harus dipandang ringan, kerana risiko penularannya mungkin terjadi semula di Malaysia dan langkah terkedepan perlu diambil terutamanya kesedaran dikalangan kanak-kanak.
Selain itu, pendedahan Advokasi dan ICT turut mengisi ruang didalam program ini. Program ini telah dijalankan sekitar jam 9:00 pagi dan berakhir pada 5:00 petang dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat kepada para peserta. . Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan terutamanya pelajar sekolah dalam mengharungi pendigitalan.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan kepada keadaan semasa covid-19.
- Pembahagian pembasmi kuman dan pelitup muka.
- Tugasan.
- Soalan & Jawapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: