Pengenalan Asas ICT
4 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 3 Jun 2022, sekitar jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Pengenalan Asas ICT kepada pelajar sekolah rendah sementara cuti sekolah sedang berlangsung. ICT adalah sesuatu yang sangat penting untuk kita gunakan kerana ia juga dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran buat para guru dan kanak-kanak. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah pengajaran dan juga pembelajaran secara berkesan dan efektif.
ICT bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah perlu diintegrasikan agar proses pengajaran dapat berjalan dengan menarik serta lancar. Selain itu, Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru serta kanak kanak, mereka akan dapat lebih menguasai menggunakan teknologi-teknologi yang terkini yang dapat membantu mereka dalam memahami bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari serta mereka dapat menyimpan, merekod serta memproses setiap maklumat yang telah mereka dapat. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat setempat.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan Asas ICT
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: