Sesi Pemerkasaan Usahawan Siri 2
18 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2022, Sesi bersama usahawan siri 2 telah disambung dengan pertemuan kali ke 2 bersama usahawan bimbingan. Sesi ini diteruskan bagi mendapatkan input terkini daripada usahawan berkaitan struktur perniagaan dan kewangan. Berdasarkan pembentangan daripada usahawan, petugas PEDi dapat menyimpulkan bahawa usahawan perlu digarap dan perkasakan lagi dengan ilmu asas perniagaan secara keseluruhan bagi mempastikan agar perniagaan dalam laluan yang memberi kelebihan kepada usahawan.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Pembentangan Gerak kerja oleh usahawan
- Penyata kewangan dan asas lejer
- Sesi Kaunseling
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: