Advokasi Buli Siber
5 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Advokasi Buli Siber untuk pelajar sekolah rendah sementara cuti sekolah sedang berlangsung. Perbuatan buli siber merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan , mendatangkan kemarahan dan dan memalukan seseorang dengan menggunakan kemudahan komunikasi menggunakan teknologi seperti teks, laman sosial, emel dan sebagainya. Selain itu gejala buli siber ini mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti yang luas.
Hal ini berbeza dengan buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka Antara langkah menangani buli siber adalah dengan berkongsi masalah kepada orang yang lebih dewasa seperti ibu bapa, berehat daripada media sosial bagi memberi ruang pemuihan kepada mangsa dan mangsa tidak digalakan untuk bertidak balas secara langsung dengan pembuli kerana dikhuatiri pembuli akan bertindak lebih agresif. Harus diingat bahawa buli siber merupakan satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat setempat dan pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan tentang Buli Siber
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: