Advokasi Keselamatan Internet
24 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Advokasi Keselamatan Internet untuk pelajar sekolah rendah. Kebolehan kanak-kanak untuk menggunakan strategi yang betul semasa berada dalam talian dapat membantu mereka apabila berhadapan dengan ancaman di Internet. Oleh itu, selain daripada jenis-jenis ancaman di Internet, anak-anak perlu didedahkan kepada teknologi, sistem sokongan, serta undang-undang sedia ada yang memberikan perlindungan kepada mereka. Petugas PEDi telah memberitahu kepada kanak-kanak bahawa pentingnya keselamatan di dunia nyata mahupun dunia siber. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat setempat dan pelajar sekolah.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan tentang Keselamatan Internet
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: