Advokasi Digital Bersama Pelajar Sekolah Rendah
26 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2022, sekitar jam 2.00 petang sesi bersama pelajar sekolah rendah telah diadakan. Kelas ini bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar sekolah rendah yang seringkali melayari laman sesawang dan akan menjumpai bermacam iklan atau berita-berita yang tersebar di media social. Antaranya ialah berita palsu, scammer, dan juga buli siber. Hal ini amat bahaya untuk pelajar sekolah rendah yang mudah mempercayai apa yang mereka lihat. Antara penekanan yang diterapkan ialah sentiasa berwaspada apabila menerima atau melihat sesuatu yang tersebar dengan cepat. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada pelajar sekolah rendah.
Intipati program seperti berikut:
- Pendedahan tentang advokasi digital
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: