Kursus Webinar Bersama SSM
24 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 March 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengikuti Kursus Webinar Bersama SSM yang diadakan sekitar jam 10.00 pagi – 11.30 pagi melalui aplikasi webex. Objektif kursus tersebut ialah berkongsi maklumat kepada usahawan tentang cara mendaftar perniagaan atas talian. Selain itu, pelbagai kelebihan yang akan kita dapati dengan mendaftar perniagaan antaranya ialah pelanggan akan lebih yakin untuk memilih produk kita berbanding orang lain. Usahawan yang tidak mematuhi peraturan SSM akan dikenakan tindakan jika perniagaan tidak berdaftar. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi laluan kepada kaki tangan PEDi untuk membantu usahawan-usahawan dalam mengendalikan perniagaan.
Intipati program seperti berikut:
- Cara pendaftaran perniagaan atas talian
- Demo pendaftaran
- Soal & Jawap
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: