Advokasi Dan MySalam (Kaedah Tuntutan Hospitalisasi Dan Set Semula Kata Laluan)
13 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mei 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah membantu masyarakat kampung dalam urusan Advokasi Dan MySalam (Kaedah Tuntutan Hospitalisasi Dan Set Semula Kata Laluan). Diantara intipati yang sepanjang program dilaksanakan ialah kaedah tuntutan hospitalisasi yang melibatkan pesakit yang disahkan mempunyai sakit kritikal ataupun kuarantin sepanjang positif covid-19. Selain itu, set semula kata laluan bagi penduduk yang mempunyai masalah dalam log masuk MySalam. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat setempat.
Intipati program seperti berikut:
- Penerangan dan penyelesaian masalah
- Pengenalan kepada PEDi
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: