Advokasi Lindungi Anak Anda Di Internet
13 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengumpul beberapa orang pelajar sekolah rendah bagi aktiviti Advokasi Lindungi Anak Anda di Internet. Seperti yang diketahui internet adalah sebuah lautan maklumat yang kebanyakkannya bermanfaat kepada pengguna, namun ada juga di antaranya yang berisiko. Kanak-kanak berhadapan dengan pelbagai risiko dalam talian seperti diejek ataupun menerima mesej, gambar, audio dan video yang tidak sopan ataupun lucah. Lebih teruk lagi, mereka mungkin dibuli oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kemungkinan besar orang yang membuli itu tidak tahu perbuatan membuli di dalam talian adalah satu kesalahan. Atas dasar ini petugas PEDi Sebandi Ulu telah memainkan peranan untuk terus memantau anak-anak warga Sebandi Ulu agar terus beretika dalam penggunaan internet dan memastikan mereka terhindar daripada ancaman di internet Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada ibu bapa terutamanya dalam isu keselamatan anak-anak.
Intipati program seperti berikut:
- Penerangan berdasarkan buku panduan Melindungi Anak Anda Di Internet
- Aktiviti dalam kumpulan
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: