Bimbingan Permohonan Baitulmal & NADMA
11 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniBermula pada 3 Januari 2022 sehingga 10 Januari 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah menyediakan khidmat kepada pelanggan yang berkaitan bagi tujuan permohonan Baitulmal dan NADMA. Permohonan kewangan kepada waris pesakit telah diajukan kepada agensi Baitulmal dan bagi perkhidmatan permohonan NADMA pula berkaitan dengan bantuan khas pengurusan kematian covid 19. Tatacara pengisian permohonan Baitulmal secara borang telah diajar secara terperinci bagi memudahkan proses menghantar balik borang permohonan dan dokumen sokongan. Manakala bagi permohonan NADMA telah diisi secara atas talian. Perkhidmatan kenal pasti dokumen diperlukan dan motivasi meningkatkan semangat pelanggan terlibat bagi menghadapi sisa-sisa kehidupan tanpa orang tersayang yang telah meninggal dunia sedikit sebanyak dapat mengubat hati waris simati. Semoga dipermudahkan segala urusan kepada komuniti yang terlibat.
Intipati program seperti berikut:
- Perbincangan dan motivasi
- Pengisian borang dan muatnaik dokumen
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: