Program Santuni Komuniti & Permohonan Bantuan Secara Atas Talian
10 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniBermula pada 4hb Januari 2022 sehingga 9hb Januari 2022 , petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan minggu bersama komuniti bersempena dengan Program Santuni Komuniti yang telah diilham oleh PEDi Sebandi Ulu. Program seumpama ini diadakan bagi memberi pendedahan dan mempromosikan keberadaan PEDi Sebandi Ulu dan peranannya kepada komuniti sekitar. Program ini telah berjaya memberi ruang kepada bukan hanya penduduk Sebandi Ulu tetapi juga mensasarkan komuniti berhampiran seperti komuniti dari Kampung Sebandi Matang, Kampung Moyan, Kampung Asajaya Ulu, Kampung Rebak, Kampung Sambir dan banyak lagi. Program ini juga telah memberi penekanan kepada ICT sebagai pengetahuan asas dalam kehidupan. Selain itu para pengunjung juga telah diberi bimbingan bagi kemaskini dan permohonan Bantuan secara atas talian.
Intipati program seperti berikut:
- Pengenalan kepada peranan PEDi Sebandi Ulu
- Kemaskini dan Permohonan Bantuan
- Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: