e-Census, MySejahtera Check In dan ARES
7 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 April 2021, PIK Sebandi Ulu telah didatangi oleh komuniti setempat bagi membuat pendaftaran e- Cencus, MySejahtera Check In dan ARES. Bagi e- Cencus, petugas PIK cuba menerangkan langkah untuk membuat pendaftaran e- Cencus iaitu berkenaan banci penduduk dan perumahan Malaysia secara atas talian sahaja. Selain itu, Petugas PIK juga membantu penduduk bagi membuat MySejahtera QR Code bagi kedai runcit mereka supaya memudahkan pelanggan yang berkunjung di kedai mereka. Penduduk kampung juga mendapat maklumat berkenaan cara membuat permohonan bagi memiliki Lot Tanah Kediaman di Skim Pembesaran Kampung Sambir, Samarahan menerusi laman sesawang ARES (Jabatan Tanah dan Survei) daripada petugas pada hari tersebut.
Intipati program seperti berikut:
- Pendedahan berkaitan e- Cencus, MySejahter dan ARES
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: