Program Kemaskini Secara Berkelompok Untuk Pautan Portal Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Profil Data Pelajar Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bagi Pengguna Lupa Kata Laluan
1 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 Januari sehingga 31 Januari 2021, PIK Sebandi Ulu telah mengadakan sesi bertemu ibu bapa bagi membantu mereka bagi mengemaskini maklumat di portal Modul Pengurusan Murid dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kemaskini terbaru ini yang julung kali diarahkan oleh pihak sekolah bagi mengelak kesesakan di sekolah bagi mendaftarkan murid sesi persekolahan 2021. Pelbagai input telah dilaksana bagi memberi panduan dan pengetahuan tentang tatacara penggunaan portal KPM. Di samping itu, sepanjang minggu tersebut juga pihak PIK telah membuka ruang kepada pelanggan PIK yang terlupa kata laluan bagi proses mengemaskini BPR. Hampir keseluruhan pelanggan terbabit telah berjaya mengemaskini dengan kata laluan yang telah disemak dan dikenal pasti oleh petugas PIK.
Intipati program seperti berikut:
- Pengenalan dan pendedahan kepada portal KPM
- Perungkaian frasa dan soalan keselamatan bagi mengenal pasti kata laluan BP
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: