Kelas Advokasi Dan Pembelajaran Secara Atas Talian (E- Learning )
1 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada pagi 31 Januari 2021, petugas PIK telah membuat kelas Advokasi kepada para peserta dengan menerangkan kaedah menyemak kesahihan sesuatu berita di portal Sebenarnya.my sebelum menyebarkannya. Selain itu, peserta juga diberi kesedaran berkenaan bahaya menyebarkan berita palsu dan denda bagi pesalah penyebar berita palsu. Selepas itu, peserta belajar secara atas talian (e- Learning) bagi menyiapkan tugasan sekolah mereka seperti mengakses isi kandungan latihan karangan bahasa Melayu mereka.
Intipati program seperti berikut:
- Penerangan mengenai kegunaan portal Sebenarnya.my
- Pembelajaran secara atas talian (e- Learning).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: