Self Development Training
28 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mac 2021, seramai lapan orang Pengurus dan Penolong Pengurus telah menngikuti ‘Social Media Marketing’ Training yang dianjurkan oleh Sprintzdesigns Sdn Bhd. Di antara PIK yang terlibat ialah PIK Kg Bako, PIK Kg Bra’ang Bayur, PIK Kg Jerijeh dan PIK Sebandi Ulu sendiri. Banyak ilmu yang bermanfaat berkenaan pemasaran melalui media sosial telah dicurahkan oleh ‘trainer’ kami iaitu Encik Ariffudin Osman. Semoga program ini akan dilanjutkan lagi pada masa akan datang supaya setiap PIK dan komuniti mendapat manfaat daripada ilmu ‘marketing’ yang telah diajarkan.
Intipati program seperti berikut:
- Pendedahan berkenaan faktor yang perlu dikaji sebelum memulakan perniagaan
- Cara memasarkan perniagaan menggunakan aplikasi ‘facebook’ dan ‘whatsApp’
- Contoh ayat ‘marketing’ yang boleh menarik perhatian pelanggan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: