PIK bersama Sarawak Rural Broadband Network (MYSRBN)
21 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada Khamis, 20 Mei 2021, petugas PIK Sebandi Ulu telah mengedarkan beberapa salinan borang Sarawak Rural Broadband Network kepada penduduk setempat dengan mengikuti SOP yang ketat. Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN), merupakan inisiatif transformasi Digital Sarawak oleh Kerajaan Sarawak di bawah Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendigitalkan ekonomi Sarawak dan menghubungkan masyarakat pedalaman dengan dunia.
Selaras dengan matlamat projek ini untuk mengatasi masalah yang berpanjangan iaitu liputan jaringan yang lemah di kawasan pedalaman di Sarawak, PIK Sebandi Ulu mengambil inisiatif untuk menyebarkan maklumat berkenaan MySRBN kepada penduduk setempat. Dengan memperluas liputan dan meningkatkan rangkaian jalur lebar, semua sektor di Sarawak akan dapat memanfaatkan faedah penyambungan digital.
Intipati program seperti berikut:
- Pengagihan borang MySRBN
- Membantu penduduk yang berminat dan ingin mendaftar MySRBN
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: