Kluster Menarik Di Asajaya Simunjan (Mesyuarat Secara Maya Menggunakan Aplikasi Zoom Meeting)
15 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2021, perjumpaan secara maya dikalangan ahli- ahli Menarik Di Asajaya dan Simunjan telah diadakan sekitar jam 9.00 pagi. Mesyuarat ini telah berjaya diadakan selama satu jam setengah bagi membincangkan pelbagai isu dan perancangan sepanjang tahun 2021. Di antara PIK yang terlibat adalah PIK Sebandi Ulu, PIK Asajaya, PIK Sadong Jaya, PIK Simunjan, PIK Tebelu dan PIK Gedong.
Intipati mesyuarat adalah seperti berikut:
- ‘Ice Breaking’ di antara staff baru dan lama
- Pendedahan kepada tugas dan peranan sebagai Ketua dan Penolong Kluster bagi sesi 2021
- Perkongsian pengalaman oleh bekas Ketua dan Penolong bagi Sesi 2020
- Perincian mengenai tanggungjawab ahli- ahli lain dalam memastikan objektif perancangan tahunan tercapai
- Membincangkan strategi untuk mempromosikan FB Menarik Di Asajaya dan Simunjan
- Menyusun perancangan bagi kandungan FB Page sepanjang 2021
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: