Teknik Fotografi Bagi Tujuan e - Commerce
24 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2020, petugas Pusat Internet Sebandi Ulu telah mengadakan satu kelas berkaitan teknik fotografi bagi tujuan e- Commerce/ e- Dagang. Penularan wabak virus Covid 19 telah menyebabkan ramai peniaga beralih kepada platform perniagaan atas talian. Gambar memainkan peranan yang sangat penting bagi perniagaan atas talian atau e- Commerce.
Oleh itu, bagi membantu komuniti setempat, petugas PI mengambil satu inisiatif untuk mengajar para peserta teknik fotografi supaya mereka lebih bersedia untuk memulakan langkah menjadi usahawan e- Commerce nanti. Peserta didedahkan dengan pelbagai tips dan cara bagi mengambil gambar dengan baik dan sempurna agar menarik perhatian mereka di luar sana agar tertarik dengan gaya anda mempamerkan sesuatu produk.
Intipati program adalah seperti berikut :
- Mengajar para peserta teknik fotografi supaya mereka lebih bersedia untuk memulakan langkah menjadi usahawan e- Commerce nanti.
- Mendedahkan peserta pelbagai tips dan cara bagi mengambil gambar dengan baik dan sempurna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: