Program Kerjaya Pasca COVID-19
13 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Jun 2020, Program Kerjaya Pasca COVID-19 telah berjaya diadakan dan telah dihadiri oleh pelajar lepasan sekolah dan universiti. Berikutan penularan wabak CoronaVirus (Covid-19) yang telah melanda Malaysia beberapa bulan yang lepas, ramai rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan dan menganggur. Pusat Internet Sebandi Ulu tidak melepaskan peluang untuk membantu golongan belia yang ingin mencari pekerjaan dengan memberi penerangan dan tunjuk ajar cara mengisi kerja kosong di laman sesawang tertentu. Diantara laman sesawang tersebut ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), e- Recruitment Sarawak dan JobsMalaysia. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang ingin mencari pekerjaan terutama sekali golongan belia.
Intipati program adalah seperti berikut :
- Mendedahkan cara mengisi kerja kosong di laman sesawang seperti SPA, e-Recruitment Sarawak, JobsMalaysia dan lain-lain.
- Pendedahan mencari peluang pekerjaan melalui media sosial juga telah diberi penekanan kepada peserta agar mereka lebih terbuka dan kreatif dalam mencari peluang pekerjaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: