Program Merdeka @ Komuniti
5 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 September 2020, Program Merdeka @ Komuniti peringkat daerah Samarahan telah berjaya dilangsungkan di Dewan Serbaguna Kampung Sebandi Ulu yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh JKK Kampung Sebandi Ulu yang diketuai oleh Ketua Kampung Puan Jama Bt Haji Baylai. Staff Pusat Internet Sebandi Ulu telah dijemput sebagai tetamu rasmi.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak. Pelbagai agensi turut hadir bagi memeriahkan program tersebut seperti agensi kesihatan (KOSPEN), Bomba dan Jabatan Penerangan. Program dianjurkan bertujuan menaikkan lagi semangat patriotik penduduk di daerah Asajaya. Di antara maklumat yang telah didapati daripada pihak agensi ialah berkenaan MySalam, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKKS) dan penggunaan aplikasi MySejahtera.
Intipati program adalah seperti berikut :
- Perasmian oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak
- Ucapan alu- aluan oleh KK (Puan Jama Bt Haji Baylai), Pengarah Jabatan Penerangan ( Haji Suwadi Bin Haji Guliling).
- Saringan kesihatan bagi para tetamu yang hadir.
- Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: