Program Malaysian ICT Volunteers (MIV 2020)
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 September, satu program yang dianjurkan oleh MCMC yang bernama Program Malaysian ICT Volunteers juga telah diadakan. Menariknya, program ini diadakan secara atas talian bagi pusat internet seluruh Malaysia dengan menggunakan aplikasi Microsoft Team Meeting. Program telah dihadiri oleh beberapa orang sukarelawan daripada komuniti setempat dan berjalan lancar selama lebih kurang 3 jam. Tema utama program ini ialah Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong. Banyak info yang berguna telah diperolehi daripada program tersebut seperti Klik Dengan Bijak, ‘Oversharing’ dan jenis- jenis jenayah siber. Para ‘volunteers’ juga didedahkan dengan cara menyemak sesuatu berita tersebut sahih atau tidak adalah dengan melayari portal Sebenarnya.my.
Intipati program adalah seperti berikut :
- Pendedahan berkaitan ‘Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’ apabila menggunakan media sosial.
- Setiap kumpulan diberi tugasan untuk menyiarkan gambar berkaitan Klik Dengan Bijak di laman media sosial masing- masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: