Kempen Advokasi Kesedaran Pencegahan Wabak Covid- 19 dan Berita Palsu
22 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun, Kempen Advokasi Kesedaran Pencegahan Wabak Covid- 19 dan Berita Palsu telah dihadiri oleh penduduk kampung di kawasan berdekatan Pusat Internet Sebandi Ulu yang terdiri daripada pelbagai generasi. Walaupun Malaysia kini telah berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sesuai dengan perintah kerajaan untuk menghapus wabak Covid-19, pihak Pusat Internet Sebandi Ulu mengambil peluang untuk memberikan kesedaran bagi pencegahan wabak Covid-19 kepada penduduk setempat. Hal ini demikian kerana kita belum mampu mencapai sifar kes positif Covid 19 dan kita seharusnya bekerjasama untuk mengekang wabak ini daripada terus menular.
Selain itu, advokasi kesedaran berkaitan berita palsu turut diadakan pada hari tersebut. Para peserta diberi pendedahan berkaitan keburukan berita palsu, denda bagi pesalah yang menyebarkan berita palsu dan cara- cara menyemak sesuatu berita sebelum membuat perkongsian di media sosial. Antaranya ialah mereka boleh menyemak kesahihan berkenaan berita palsu di laman sesawang sebenarnya.my. Diharapkan dengan kempen advokasi sebegini dapat memberi kesedaran kepada penduduk setempat berkaitan bahaya wabak Covid- 19 dan berita palsu serta mereka boleh menyampaikan ilmu tersebut kepada ahli keluarga dan rakan- rakan mereka yang lain.
Intipati program adalah seperti berikut :
- Memberikan kesedaran bagi pencegahan wabak Covid-19 kepada penduduk setempat.
- Memberi pendedahan berkaitan keburukan berita palsu dan denda bagi pesalah yang menyebarkan berita palsu.
- Cara- cara menyemak sesuatu berita sebelum membuat perkongsian di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: