Permohonan Online KWSP (i- Sinar)
23 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Disember 2020, petugas Pusat Internet Sebandi Ulu telah membantu penduduk setempat bagi membuat permohonan online KWSP (i- Sinar). Di samping itu, petugas juga memberi nasihat kewangan berkaitan cara menguruskan kewangan dengan betul supaya membuat pemilihan yang tepat bagi pengeluaran wang KWSP mereka. Selain itu, penduduk dinasihatkan supaya menjaga keselamatan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan sentiasa berwaspada dengan aplikasi palsu yang dikatakan daripada pihak KWSP namun ternyata palsu.
Intipati program adalah seperti berikut :
- Permohonan online KWSP (i- Sinar).
- Khidmat nasihat berkenaan cara menguruskan kewangan supaya dapat membuat pemilihan pengeluaran wang KWSP yang betul.
- Pendidikan Advokasi Digital seperti penjagaan keselamatan maklumat peribadi semasa berurusan di alam maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: