Kelas Advokasi Dan Microsoft Word
13 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 & 12 Februari 2019 PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Advokasi dan Microsoft Word kepada para suri rumah dan juga pelajar lepasan SPM. Kelas ini menayangkan video advokasi iaitu video “cyber bully” dan identiti sebenar kepada peserta tersebut dan penerangan serba sedikit bagi memahami intipati yang terdapat dalam video tersebut. Video ini amat berguna kepada ibu-ibu bagi mengawal tingkah laku anak-anak mereka yang suka bermesej dengan orang yang baru dikenali di laman internet.
Bagi kelas microsoft word kali ini para peserta dilatih untuk menaip bagi melatih tangan meraka untuk biasakan dengan papan kekunci dan juga tetikus. Kali ini mereka mempelajari cara untuk menukar huruf kecil ke huruf besar dan sebaliknya tanpa menggunakan “caps lock” pada papan kekunci. Pada sesi ini mereka disuruh menaip contoh surat rasmi. Mereka diberi tugasan iaitu menaip surat yang mengandugi dua muka surat dalam tempoh masa yang diberikan. Pada hari berikutnya mereka diajar untuk membuat jadual asas. Diharap kelas ini memberi manfaat kepada mereka pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: