Kelas Advokasi Dan Ict
25 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 dan 24 Ogos 2019, pelajar sekolah rendah menyertai kelas advokasi dan kelas ICT. Mereka diberi pendedahan kepada video maklumat palsu dan diterangkan isi penting serta mesej yang disampaikan dalam video itu. Mereka juga membuat kuiz advokasi iaitu kuiz “word search” beberapa perkataan yang berkaitan dengan internet. Kelas ICT pula memberi pendedahan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Oleh itu mereka diberi tugasan untuk mencari maklumat menggunakan carian google. Tugasan mereka ialah menghasilkan bendera Malaysia menggunakan komputer dan mewarnakannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: