Kelas E-Learning / Spa Online & Advokasi
21 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2019, kelas e-learning diadakan kepada pengunjung PI yang memerlukan khidmat internet untuk mengisi kekosongan kerja di laman web www.spa.gov.my. Para peserta didedahkan terlebih dahulu fungsi laman web tersebut seterusnya mereka belajar cara mendaftar masuk laman web tersebut. Sebelum kelas e-learning bermula, para peserta terlebih dahulu diberikan taklimat mengenai kepentingan menjaga kata laluan apabila memasuki laman web di internet. Pendedahan diberikan supaya mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi data peribadi mereka sendiri. Dengan adanya pelbagai kemudahan di PI dapat membantu golongan belia mengisi kekosongan kerja dan boleh mengelakkan berlakunya pencerobohan maklumat peribadi di internet dengan adanya taklimat advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: