Kelas Keusahawanan dan Video Making
16 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2018, PI Sebandi Ulu mengadakan kelas keusahawanan dan juga video making kepada kumpulan peserta yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun. Tujuan kelas ini diadakan ialah memberikan ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan juga dalam bidang pengeditan video. Dengan adanya kelas ini, dapatlah serba sedikit berkongsi ilmu kepada penduduk kampung terutamanya yang ada menjalankan perniagaan.
Pengeditan video diketengahkan pada kali ini adalah bertujuan untuk melatih para peserta kelas ini untuk memahirkan diri dalam mengedit video. Hal ini memudahkan mereka membuat video untuk tujuan mempromosikan perniagaan mereka di media sosial. Diharap ilmu yang diberikan kepada peserta digunakan sebaiknya terutama sekali meningkatkan hasil jualan promosi perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: