Kursus Usahawanan Bakeri Di PI Taman Sepakat Jaya
16 April 2018 | Aktiviti TerkiniPI Taman Sepakat Jaya telah mengadakan kursus usahawanan bakeri pada 15 April 2018. PI Taman Sepakat Jaya telah menjemput PI Sebandi Ulu, PI Tebelu, PI Taee dan juga PI Bandung untuk bekerjasama bagi menjayakan kursus tersebut. Tenaga pengajar yang dijemput merupakan pemilik kedai roti yang bernama Tuty Bakeri yang pada sekarang ini beroperasi di Serian, Sarawak. Peserta dikenakan yuran sebanyak RM35 sekepala. Peserta diajar untuk mengenal bahan asas dalam pembuatan roti dan juga cara untuk menguli doh yang lembut dan enak.
Peserta juga diajar dan disuruh untuk membentuk roti mengikut contoh yang diberikan oleh pengajar. Antara hasil roti yang dihasilkan pada hari tersebut ialah, roti gulung sosej, roti sosej bersos, roti bunga inti kacang hitam, roti keju dan juga roti susu. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta dan juga staff PI berkenaan dengan dunia bakeri.
Selain itu juga, dengan adanya kursus ini bolehlah para surirumah menjana pendapatan dengan berniaga roti pada masa akan datang. Selain itu juga boleh menjimatkan perbelanjaan untuk membeli roti kerana para surirumah sudah boleh membuat roti sendiri tanpa membeli roti di kedai. Diharap kursus ini memberi manfaat yang baik sekaligus dapat menambah pendapatan para peserta di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: