Program Sentuhan Kasih
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2018, PI Sebandi Ulu bekerjasama dengan PI Tebelu, PI Sepakat Jaya dan PI Taee untuk membuat pameran Klik Dengan Bijak (KDB) di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong sempena Program Sentuhan Kasih anjuran oleh Lembaga Penduduk Dan Pambangunan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato Sri Rohani Abdul Karim iaitu Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat Merangkap Ahli Parlimen (P.201) Batang Lupar. Semasa perasmian program tersebut YB. Rohani memberi sumbangan kepada penduduk kampung tersebut terutamanya kepada golongan warga emas yang sakit dan juga sumbangan kepada anak-anak yatim piatu. Selain itu YB. Rohani juga memberi peruntukan sebanyak RM5000 bagi tujuan menghias dewan masyarakat tersebut.
Objektif pihak PI dijemput ke program ini adalah penting untuk KPI PI serta kesinambungan persahabatan rakan strategik bersama pihak LPPKN. Selain itu tujuan menyertai pameran di program ini adalah untuk mempromosikan PI serta kesedarann KDB kepada pengunjung yang hadir ke program tersebut. Pada masa pameran berlangsung, pihak PI turut diberi peluang untuk memberi ucapan di hadapan tetamu.
Isi utama yang didedahkan semasa perucapan tersebut ialah tentang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, modul-modul seperti KDB dan Advokasi, peluang belajar ICT tanpa caj dan program e-kelas yang baru-baru ini dilancarkan di PI terpilih. Selain itu, terdapat aktiviti KDB diadakan pada hari tersebut. Aktiviti seperti menjawab soalan, menyusun kata dan menyusun puzzle. Peserta yang menang akan mendapat hadiah.Diharap program seperti ini akan diadakan lagi di lain tempat bagi mempromosikan PI kepada penduduk diluar seterusnya mencapai KPI yang telah ditetapkan pada setiap tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: