Kelas KDB & Advokasi
03 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPihak PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi untuk pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan pada 2 Februari 2018 jam 2 petang hingga 3 petang di bilik latihan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang keselamatan menggunakan alatan elektronik terutamanya telefon dalam zaman moden ini. Dengan mengikuti kelas ini, pelajar diterangkan mengenai keselamatan dalam melayari internet terutamanya sesawang sosial seperti facebook, instagram, tweeter, skype dan sewaktu dengannya. Ruangan minda pelajar terbuka dengan luasnya tentang ciri-ciri keselamatan internet apabila mereka didedahkan dengan tayangan video tentang bahayanya internet jika tidak digunakan dengan cara dan medan yang betul.
Semasa di dalam kelas ini, pelajar akan ditayangkan video KDB dan juga video Advokasi. Setelah habis menonton video tersebut pelajar akan diterangkan semula apa yang berlaku dalam tayangan video tersebut. Selain itu juga, pelajar akan diajukan soalan bagi mengenal pasti tahap kefahaman mereka. Setelah itu, latihan akan diberi dalam bentuk kuiz dan juga latihan bertulis. Diharap pelajar menggunakan pengetahuan yang diperolehi dari kelas tersebut dan dipraktikkan dengan cara yang betul dalam kehidupan seharian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: