Lawatan Oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan Sempena Pertandingan Smart Komuniti Kampung Sebandi Ulu
31 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 30 Oktober 2018, PI Sebandi Ulu menerima kunjugan daripada beberapa orang pegawai kakitangan kerajaan. Antara pegawai-pegawai yang hadir ialah Dr Hajah Asmah (Pegawai Tadbir Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak), Puan Salmah Jobeli (Jabatan Pertanian), Rudzaiman Malek (Pegawai Kesihatan Persekutuan), Hajah Norhalimah Hj Mohd. Hamni (Setiausaha MPKS) dan Rolend Tama (Akauntan).
Kunjugan tersebut merupakan sempena dengan penghakiman bagi Pertandingan Smart Komuniti Kampung Sebandi Ulu yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Sambil menjadi juri untuk pertandingan tersebut mereka sempat untuk berkunjung ke PI untuk mengetahui perkhidmatan yang disediakan oleh PI. Untuk makluman Kampung Sebandi Ulu aktif menyertai pertandingan smart komuniti. Pertandingan ini merupakan pertandingan yang berbentuk menghias setiap laman blok kediaman masing-masing. Penduduk kampung akan bergotong-royong untuk membersih kawasan kediaman sambil mengubah dan menghias tugu blok masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: