Kelas KDB, Advokasi Dan Publisher
8 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada kelas kali ini, selain menonton tayangan video KDB dan Advokasi, peserta juga mempelajari benda yang baru pada peringkat umur mereka. Peserta kali ini berumur lingkungan 9 tahun ke 12 tahun. Sebelum memulakan pembelajaran tentang publisher mereka diterangkan terlebih dahulu tentang tayangan video KDB dan Advokasi. Peserta terlebih dahulu diterangkan mengenai apa itu publisher dan seterusnya bagaimana mengaplikasikan publisher dalam kehidupan seharian. Mereka diberi tugasan dan pembelajaran membuat jadual waktu menggunakan publisher.
Pendekatan yang digunakan kali ini ialah pendekatan “learn and do”. Maksudnya, mereka diajar perkara asas tentang publisher dan seterusnya membuat tugasan seperti yang dikehendaki. Diharap kelas ini memberi manfaat kepada peserta cilik tersebut dan menggunakannya di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: