Kelas Asas Keusahawanan
16 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2017, seramai 10 orang peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan juga pelajar tingkatan 5 mengikuti kelas asas keusahawanan. Kelas ini diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Peserta didedahkan kepada informasi apa itu usahawan dan keusahawanan. Di samping itu peserta juga turut didedahkan bagaimana untuk menjadi seorang usahawan dan bagaimana hendak memulakan sesuatu perniagaan berdasarkan faktor persekitaran kawasan tempat tinggal mereka. Peserta disuruh untuk melakarkan rangka perniagaan mereka. Strategi permulaan perniagaan dan juga strategi menjana idea perniagaan juga diterangkan kepada peserta. Dengan adanya pendedahan maklumat asas keushawanan ini, dapatlah membuka serba sedikit idea dan minda peserta terhadap ilmu keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: