Program Jelajah Komuniti Dan Bimbingan ICT
26 April 2023 | Aktiviti TerkiniSepanjang bulan April 2023, petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan Program Jelajah Komuniti dan Bimbingan ICT. Program ini mensasarkan dan memberi tumpuan kepada komuniti sekitar Asajaya yang dikenalpasti kurang berkunjung dan komuniti yang tidak pernah mengetahui mengenai kewujudan PEDi Sebandi Ulu. Mereka yang telah dikenalpasti ini akan diberi penerangan mengenai asas penubuhan PEDi sebagai platform kemudahan digital dan pelbagai fungsi yang lain.
Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti dan pertanyaan kepada asas ICT terutamanya bantuan kerajaan menjadi tajuk hangat perbincangan. Semoga Program Jelajah ini membawa maksud yang penting kepada komuniti sekaligus memberi manfaat yang besar, sejajar dengan peranan dan fungsi PEDi.
Intipati program adalah seperti berikut:
- Penerangan PEDi
- Bimbingan Bantuan Ibu Bersalin, Endowment Fund Sarawak
- Tutorial & Perbincangan
- Soalan dan Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: