Kelas Advokasi Dan Microsoft Word
20 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 dan 19 Februari 2019 PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Advokasi dan Microsoft Word kepada para suri rumah dan juga pelajar lepasan SPM. Kelas ini menayangkan video advokasi iaitu video maklumat palsu dan identiti sebenar kepada peserta tersebut dan penerangan serba sedikit bagi memahami intipati yang terdapat dalam video tersebut. Video ini amat berguna kepada ibu-ibu bagi mengawal tingkah laku anak-anak mereka yang suka bermesej dengan orang yang baru dikenali di laman internet.
Selain itu video tersebut dapat memberi pengajaran kepada ibu-ibu berkaitan dengan maklumat sahih dan tidak sahih di laman internet. Bagi kelas microsoft word kali ini para peserta diajar berkaitan dengan “borders and shading”. Mereka diberi tugasan membuat kulit muka depan kerja kursus. Selain itu juga, mereka belajar membuat jadual waktu sekolah anak-anak dan adik-adik mereka. Dalam pembelajaran tersebut mereka diajar untuk membuat jadual yang memiliki pelbagai kesinambungan warna yang sesuai dengan jadual masing-masing. Diharap kelas ini memberi manfaat kepada mereka pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: