Kelas KDB, Advokasi Dan Microsoft Word
6 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2019 PI Sebandi Ulu telah mengadakan kelas KDB, Advokasi dan Microsoft Word kepada pelajar sekolah menengah dan rendah. Kelas ini menayangkan video buli siber kepada pelajar-pelajar tersebut dan penerangan serba sedikit bagi memahami intipati yang terdapat dalam video tersebut.
Bagi kelas microsoft word pula mereka di ajar membuat jadual menggunakan “table” bagi membuat latihan yang berbentuk memasukkan gambar ke dalam petak jadual tersebut. Diharap kelas ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar tersebut di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: