Jemputan Ke Program Pembangunan Komuniti

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018 satu program komuniti anjuran Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bersama dengan penduduk Kampung Sebandi Ulu. Pihak PI Sebandi Ulu telah dijemput oleh Ketua Kampung Sebandi Ulu Puan Rahma Haji Baylai untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Majlis tersebut berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada petang hari Jumaat sampai hari Sabtu.

Antara aktiviti yang diadakan di program tersebut ialah pameran kesihatan oleh pihak kesihatan Klinik Kesihatan Sambir yang membuat ujian saringan kesihatan, pameran jenis dadah oleh pihak PDRM dan juga booth perniagaan penduduk kampung seperti jualan makanan basah dan kering. Program tersebut dirasmikan oleh YB Puan Hajah Rubiah Binti Haji Wang yang merupakan Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan. Selain daripada pameran-pameran, aktiviti sukaneka, pertunjukan fesyen dan juga pertandingan karaoke juga tidak ketinggalan untuk diadakan pada program tersebut.

Dianggarkan suku daripada penduduk Kampung Sebandi Ulu serta barisan penghulu, ketua kampung dan kaunselor dari setiap kampung hadir ke program tersebut. Apa yang dapat diperhatikan melalui program tersebut ialah, semangat penduduk kampung untuk bergotong royong membersihkan kawasan halaman rumah dan juga kawasan setiap blok-blok kediaman. Hal ini kerana pertandingan kebersihan antara blok juga turut diadakan. Semoga ukhwah antara pekerja PI dan penduduk Kampung Sebandi Ulu dapat dieratkan lagi hubungannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali