Jemputan Open Day Di PI Taee

23 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2018, pihak PI Taee telah menjemput salah seorang staff PI Sebandi Ulu untuk turut bersama meraikan program open day mereka. Selain itu terdapat juga wakil-wakil dari PI Batu Gong, PI Taman Sepakat Jaya Dan Juga PI Kampung Tebakang turut bersama-sama menyertai program tersebut. Kami diberi peluang untuk mempromosikan program e-rezeki kepada penduduk sekitar PI Taee tersebut.

Selain mempromosikan dan memperkenal e-rezeki kepada mereka staf PI Sebandi Ulu mengambil kesempatan untuk bersama-sama pihak PI Taee memberi ceramah berkaitan dengan KDB dan Advokasi. Turut diadakan semasa program open day mereka ialah pameran dan ceramah oleh pihak Anti Dadah Kebangsaan dan juga pihak Yapeim. Aktiviti mencuci emas juga diadakan secara percuma sahaja. Pebagai aktiviti menarik untuk komuniti di sana diadakan sepanjang program open day tersebut. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah, anyaman bakul dan bunga menggunaan bahan terpakai, susun puzzle bendera, hantaran gelang getah kepada ahli kumpulan, pertandingan mewarna dan membuat “pop out card”.

Majlis penutupan program open day dilakukan oleh Ketua Kaum Kampung Taee dan juga turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Kampung Taee. Pihak kami teruja apabila salah seorang peserta e-rezeki menyatakan dia bertuah diperkenalkan dengan program e-rezeki kerana dia pertama kali mengetahui tentang program dan matlamat e-rezeki setelah diberi penerangan dan juga latihan asas. Walaupun peserta yang berumur lebih dari 18 tahun kurang namun kami berpuas hati dapat mempromosikan program e-rezeki kepada penduduk di kampung taee. Semoga program tersebut dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung dengan pekerja PI

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali